Perjumpaan dengan Prof Datin Rahimah berlangsung lebih 3 jam bermula jam 11.00 am hari ini. Beliau teliti dan prihatin dalam membantu pelajarnya menyiapkan projek paper yang masanya sudah berbaki beberapa minggu sahaja lagi. Semuanya bagi memastikan hasil kerja yang bakal terlahir nanti benar-benar menjawab persoalan yang dibangkitkan. Baginya yang penting adalah PROSES dalam menghasilkan projek paper tersebut. Penyelidikan yang dihasilkan tidak perlu tertalu besar atau hebat. Malam ini aku akan memurnikan projek paperku khususnya dalam bahagian item dan definisi operasional. Pagi esok aku perlu kemukakan sekali lagi kepada Prof Datin sebelum kembali ke Kuala Rompin menemui isteri dan anak-anakku tercinta. Terima kasih Prof Datin atas bimbingan. Tak rasa tertekan. Selesa bangat.
No comments:
Post a Comment