Sunday, March 10, 2019

2019 Kembali membelai Reformasi Minda

Setelah hampir 12 tahun menyepi, Reformasi Minda kembali menggamit memori2 manis. Akan kembali lagi....

Monday, April 26, 2010

ULASAN BUKU

Ulasan Buku

(bingkisan dari Yogyakarta, Mei 2009)

Judul : The Secret
Pengarang : Rhonda Byrne
Penerbit : PT Gramedia Pustaka Utama
Tahun : 2007

PENDAHULUAN

Buku ini membongkar rahsia kejayaan individu. Pembaca akan dibentangkan kekuatan tersembunyi yang belum pernah digunakan oleh manusia melainkan segelintir individu yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Pelbagai contoh kejayaan individu yang telah menggunakan rahsia ini dalam pelbagai lapangan dikongsi oleh penulis dengan pembaca. Buku setebal 237 halaman ini membongkar satu rahsia besar. Rahsia yang dimaksudkan ialah “Hukum Tari-Menarik”. Segala sesuatu yang datang ke dalam hidup kita ditarik oleh kita sendiri ke dalam hidup kita. Segala sesuatu itu tertarik oleh gambaran-gambaran yang kita simpan dalam dalam fikiran atau minda kita. Apa yang ada dalam minda/fikiran kita akan kita tarik ke dalam diri kita.

Menurut penulis, diri kita yang ada sekarang adalah cerminan daripada fikiran kita pada masa lalu. Menurut hukum ini, jika kita melihat sesuatu dalam minda kita, kita akan menggenggamnya.

“Kita hari esok adalah apa yang kita fikirkan dan gambarkan diri kita hari ini”.

FIKIR POSITIF

Satu-satunya sebab mengapa seseorang tak dapat apa yang diinginkan adalah kerana mereka lebih memikirkan apa yang mereka tidak inginkan berbanding apa yang mereka inginkan. Menurut hukum ini, seseorang tidak boleh memikirkan apa yang dia tidak ingini. Sebaliknya fikirkan apa yang dia inginkan sahaja. Sebagai contoh, seorang pelajar yang lemah Matematik, tidak boleh memikirkan gagal atau akibat kegagalan Matematik yang akan diterimanya. Dengan banyak memfokus kepada “gagal”, dia akan menarik kegagalan dalam dirinya. Sebaliknya, fikirkan cemerlang dalam Matematik.

KAWAL PERASAAN

Perasaan tidak terjadi dengan sendiri melainkan apa yang kita fikirkan. Seseorang yang sedang bercinta atau memikirkan soal cinta akan menarik perasaan-perasaan lain yang sama frekuensinya dengan cinta ke dalam diri seperti kasih, sayang, rindu, memahami, bertanggungjawab, memaafkan, prihatin dan pelbagai perasaan positif lain. Akhirnya dirinya akan dirimbuni oleh perasaan-perasaan positif yang akan memacu dirinya.

Begitu juga jika kita berfikiran sebaliknya.

Lantaran itu kita perlu mengawal dan memeriksa perasaan kita. Jika suatu ketika anda berasa tertekan, takut, bimbang, geram, marah, dendam dan sebagainya, ini bererti anda sedang berfikiran negatif. Tukarlah segera fikiran anda dengan memikirkan perkara-perkara yang baik atau positif (ubah frekuensi). Tenangkan diri anda seketika. Fokuslah terhadap sesuatu yang baik yang kita inginkan.

MUHASABAH DIRI

Sedar atau pun tidak, segala suatu apa yang kita fikirkan, itulah apa yang kita inginkan dalam hidup. Oleh itu, perlu melakukan muhasabah atau membuat refleksi terhadap peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sepanjang hari. Jika tidak sama seperti apa yang kita inginkan, ubahlah segera.

KEKUATAN SYUKUR DAN REDA

Seseorang perlu sentiasa bersyukur dan reda atas apa yang dimilikinya sekarang. Tidak bersyukur dan tidak reda bererti tidak berpuas hati. Perasaan ini akan menarik lebih banyak perasaan negatif lain ke dalam dirinya. Ini menyebabkan perkara baik dan positif menjauhkan diri daripadanya.

FOKUS

Apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini, atau dalam tempoh tertentu. Fokuskan segera. Beritahu diri anda apa yang anda fikirkan. Tetapkan target atau matlamat anda. Jangan ragu-ragu. Anda mesti yakin bahawa anda bisa mendapatnya. Dalam hukum tarik menarik kita tidak perlu memikirkan cara untuk mencapainya.

PENUTUP

Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang inginkan kejayaan dalam hidup.

-dibentangkan pada 19/4/2010 di perhimpunan rasmi sekolah semasa pelancaran minggu bhs 2010.

-ulasan bahagian kedua buku ini akan muncul nanti

Wednesday, February 17, 2010

2010 Semakin Mencabar

48 hari dalam 2010 hampir berlalu. Kelihatan semakin mencabar. kepenatan mengisi ruang kalendar 2009 masih terasa. Memikul tanggungjawab sebagai gpk kokurikulum, mengajar Bahasa Melayu tingkatan 5 dan 3, mengetuai jawatankuasa Pelestarian Sekolah serta Program Bantuan Pengangkutan Yayasan Pahang. Peluang menjadi pemeriksa kertas Bahasa Melayu PMR dan SPM tak aku lepaskan. Bukan perkiraan rupiah atau rupee, tapi demi memberi yang terbaik kepada anak murid. Hampir tiada ruang senggang. Sesekali ada stress, bengang dan geram. Apa boleh buat. Mungkin itu asam garam kehidupan. Memenatkan minda.

Hari ini, dengan tugas yang hampir sama. Bezanya, aku boleh mengatur sendiri takwim yang bakal dilaksanakan. Boleh merancang strategi seawal bula Januari. Tahun ini tentu lebih mencabar. Aku teringin berpaut pada prinsip "Hari ini lebih baih daripada semalam". Semoga aku mampu bergerak dengan niat yang tulus, strategi yang penuh hemah dan yang penting tidak lari daripada matlamat menuju keredaan-Nya. amin.

Wednesday, October 7, 2009

Berhari Raya di Negeri Pakatan Rakyat


Che Parizan, Norzawati, Nazurah Huda, Muhammad
Ikhwan Hakim, Muhammad Iqbal, Nadhirah Hasanah dan
Muhammad Ihsan Hasif. Pd pg 1 Syawal 1430H di Bkt Mendi

3 Syawal 1430 kami sekeluarga bergerak dari Temerloh ke utara tanah air. Perasaan berkobar memang ada. Bersemangat betul nak berhari raya di negeri Pakatan Rakyat. Dah lama tak berpeluang mengunjungi sanak saudara. Ada juga yang dah pergi untuk selama-lamanya.... (Alfatihah). Perjalanan hampir 11 jam tak terasa sangat kepenatannya. Cuma mulut terasa penat melayan kerenah anak-anak.

Rasa gembira, bangga dan sebak bercampur baur sebaik melepasi tol Alor Star Utara . Gembira sebab selamat menjejak ke negeri kelahiranku. Bangga melihat kemakmuran dan kedamaian Kedah . Sebak menikmati hasil pejuang-pejuang politik Islam. Wajah ulama (Utz Azizan dan Dr Harun Din) terpampang di tepi simpang-simpang utama Alor Star. Lebih menceriakan lg dpt memeluk sanak saudara.

Gembira dpt bersemuka dengan Pak Cik Din, Mak Teh, Chu Yam, Pak Cik Cha, Pak Tam, Pak Ndak Harun, Pal Lang Man (Pida 11 & Penang), Chu Jam dan Kak Yam. Terkilan sbb tak sempat jumpa Ngah Dah. Sempat juga shopping kat Pekan Rabu dan meronda sbhg negeri Kedah.
Setelah bersalam dgn pengantin dan seluruh kaum keluarga pada Sabtu 26 September 2009, bertolak balik ke Rompin jam 1.30 ptg. Sampai ke Rompin jam 5.00 pg. Lepas solat Subuh zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Keletihan tetapi lega kepuasan.




Ayahanda. Bonda dan Adinda Muhammad Hafiz






Ayahanda dan Bonda pd pg 4 Syawal 1430H





Muhammad Ihsan Hasif. Anak IAB dan IPK.
Menyambut Hari Raya Pertama.
Hensem...ank bapak

Thursday, September 10, 2009

SOLAT & SAINS

SOLAT kebaikan dari perspektif SAINS

Sekadar ingin berkongsi. Mungkin telah banyak kajian dilakukan tentang solat drpd perspektif sains. Alhamdulillah. Sempena bulan mulia ini Allah telah membuka hati saya untuk menatap buku tentang solat dari perspektif sains. Buku setebal 110 muka surat ini ditulis berdasarkan hasil penyelidikan tiga orang pensyarah Universiti Malaya. Buku terbitan UM ini membongkar fakta-fakta saintifik di sebalik solat.

Sekadar berkongsi beberapa dapatan drpd buku tersebut :
  1. Saboe (1996) melaporkan gerakan-gerakan solat yang dijalankan setiap hari akan dapat menurunkan dan mengurangkan penyakit kegemukan, reumatik, diabetis, sembelit, penyakit bengkak (edema), penyakit jantung (dada sakit/angina pectoris) dan sebagainya
  2. Keputusan kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mengamalkan ke semua tabiaat lazim sempurna semasa solat mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang melakukannya secara kurang sempurna.
  3. Saling bersentuhan ketika solat berjamaah menyebabkan pengaliran cas-cas elektrik antara satu sama lain. Cas tersebut membantu meningkatkan tenaga melaksanakan tugas harian. Cas tersebut juga membantu pengaliran darah ke otak. Hasilnya seseorang memperoleh ketenangan dan terhindar drpd stress.
  4. Mengamalkan rukuk yang betul (90 darjah) mengelak risiko penyakit tulang belakang dan arthritis
  5. Pergerakan fizikal dalam solat tarawih meningkatkan aktiviti otot-otot badan selari dgn peningkatan kadar metabolisme basal (BMR) drpd nilai purata 1455 cal kpd 1486 cal. Dpt turunkan nilai jisim badan (FM) sebanyak 21%.
  6. Kedudukan ketika rukuk, sujud dan duduk (tahiyat) dalam solat membantu memberikan keadaan rehat kpd jantung, di mana kadar denyutan jantung seseorang menjadi lebih rendah berbanding ketika berdiri. Ini adalah kerana faktor jarak antara graviti kpd jantung. Oleh itu kita digalakkan untuk memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan yang paling rendah.
  7. Pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
  8. Perlakuan tamakninah dalam solat melahirkan ketenangan serta mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
  9. Semasa duduk di antara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir, tumit kaki yang menekan punggung dpt mengurut otot-otot lantai pelvik, sekaligus membantu dlm proses ereksi. (Lelaki sahaja)
  10. Solat dapat meningkatkan jumlah ereksi, perubahan isipadu (penis) dan tempoh ereksi.
Memetik kata seorang sahabat dari Karak, ".................. dapat meningkatkan minit." Dipersetujui oleh seorang penulis buku dari Shah Alam.

Memetik ucapan oleh sorang penceramah agama dalam siaran radio Pahang FM, "...... pendedahan buku ini telah meningkatkan jumlah kaum lelaki yang bangun malam untuk melaksanakan solat malam kerana dapat membantu meningkatkan ketahanan lelaki (tambah minit)."

Hanya sekadar motivasi untuk diri sendiri.
Wassalam.

Tuesday, August 4, 2009

Motivasi

Perhimpunan rasmi setiap pg Isnin dimanfaatkan oleh guru-guru untuk menyampaikan informasi terkini tentang aktiviti semasa sekolah. Sesi motivasi turut diselitkan bagi meningkatkan keyakinan dan komitmen pelajar menuntut ilmu. Pagi 3 Julai 2009 lalu, aku buat kali kedua berkongsi pengalaman dgn pelajar ttg pengalaman menuntut ilmu. Semuanya atas rasa tanggungjawab membantu dan mengejutkan pelajar yang sebahagian besarnya masih leka dalam kepompong keseronokan hidup remaja. Sebahagian yg lain sedang terpenjara dalam kepompong sosio ekonomi yang tidak menggalakkan perkembangan ilmu. Perkara yang disentuh :

i-Allah kurniakan akal fikiran yg setara bagi setiap insan. Kapasiti yg sama. Apa yg membezakannya adalah usaha menggunakan potensi fikiran yang ada. Org yang lebih berjaya bukan lebih bijak drpd yg kurang berjaya, sebaliknya mereka menggunakan sepenuhnya potensi yang ada.

ii-Meletakkan tanggungjawab meningkatkan prestasi sekolah di bahu pelajar. Merekalah harapan sekolah. Sekolah hanya akan melonjak jika pelajar mempamerkan prestasi cemerlang dlm peperiksaan. Guru tiada kuasa, hanya sebagai pembimbing.

iii-Mereka juga harapan ibu bapa. Kejayaan mereka akan membanggakan keluarga dan mengangkat taraf hidup keluarga.

Bertugas sebagai GPK memberi ruang yang lebih untuk mengenengahkan idea yg masih panas. Terima kasih kpd warga sekolah yg memberi kepercayaan sekali lg utk berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.





J0han Pertandingan Masakan Negeri Pahang 2009.
Pertandingan diadakan pd 31 Julai 2009 di Raub.
Tahniah Nurfazilah dan Faridah.



Seramai 20 orang pelajar mengikuti program SEKKOP dengan bimbingan ANGKASA.
Terima kasih ANGKASA yg turun bersama sejumlah peruntukan.
Program diadakan pd 21 Julai 2009.


Guru-guru penasihat pasukan yang bertanding berada di tepi gelanggang memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.
Kejohanan yang melibatkan kategori menengah atas dan menengah rendah ini bermatlamat membantu pelajar meningkatkan markah kokurikulum dalam penilaian kokurikulum yang akan dilaksanakan sebelum sesi 2009 berakhir. Bakat terpendam dlm kedua-dua sukan ini dapat dicungkil dan dikenalpasti.
Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring SMKSP 2009
berlangsung pada 28 hingga 29 Julai 2009.

Dua orang mantan gpk kokurikulum turut turun padang.
En. Mohd Rosdi Ismail dan Tuan Hj Aminuddin Md Dom.

Pelajar sedang beraksi dalam pertandingan bola jaring.

Pengarah Program yang berdedikasi. En Mohd Nizam Arshad memastikan
kejohanan yang berlangsung lancar dan mencapai objektifnya.

Friday, July 24, 2009

Catatan Dalam Gambar

Catatan Dalam Gambar
Julai 2009





Kasut Mprinc meningkatkan keyakinan diri.


Mesy. Kokurikulum pertama yg dikendalikan.
(16 Jualai 2009)
Seikat bagai sirih.
Serumpun bagai serai.

Pelajar berkawat setiap Rabu.

Pelajar 5 Arif menyiapkan karangan pendek.
Tak siap kena denda .....
Tekun berusaha tangga kejayaan.

Pertandingan Reka Cipta.
(8 Julai 2009)

Terima kasih pn Maimun.

Tenang-tenang air dilaut,
sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkenang mulut menyebut,
budi sedikit rasa nak junjung

Terima kasih Cik Masqistina

Tanam serai tanam halia,
tanam juga pokok sengkuang,
org berbudi disanjung mulia,
ke mana pergi tiada terbuang.