48 hari dalam 2010 hampir berlalu. Kelihatan semakin mencabar. kepenatan mengisi ruang kalendar 2009 masih terasa. Memikul tanggungjawab sebagai gpk kokurikulum, mengajar Bahasa Melayu tingkatan 5 dan 3, mengetuai jawatankuasa Pelestarian Sekolah serta Program Bantuan Pengangkutan Yayasan Pahang. Peluang menjadi pemeriksa kertas Bahasa Melayu PMR dan SPM tak aku lepaskan. Bukan perkiraan rupiah atau rupee, tapi demi memberi yang terbaik kepada anak murid. Hampir tiada ruang senggang. Sesekali ada stress, bengang dan geram. Apa boleh buat. Mungkin itu asam garam kehidupan. Memenatkan minda.
Hari ini, dengan tugas yang hampir sama. Bezanya, aku boleh mengatur sendiri takwim yang bakal dilaksanakan. Boleh merancang strategi seawal bula Januari. Tahun ini tentu lebih mencabar. Aku teringin berpaut pada prinsip "Hari ini lebih baih daripada semalam". Semoga aku mampu bergerak dengan niat yang tulus, strategi yang penuh hemah dan yang penting tidak lari daripada matlamat menuju keredaan-Nya. amin.
Temu Janji IJN 19.11.2024
3 weeks ago
Ingatkan dah hilang. Selamat kembali....
ReplyDeleteKasut Mprinc ada lagi ke bro?
ReplyDeletecaya la bro.... ingat dah berkubur mcm jarjis
ReplyDeletejarjis memang dah berkubur, tapi hantu anaknya akan kembali tatkala gendang pilihanraya dibunyikan
ReplyDeletebukan senang pikul beban m. princ bro...mesti bro dah slim...
ReplyDeleteWah! macam batu karang la bro ni..lamo terendam...dlm air laut! Selamat kembali...jgn lepas ni..betapa lak!
ReplyDeleteSelamat kembali ...masih belum terlambat nak ucap ..tahun baru semangat baru...
ReplyDeletePK KO tugas yang meriah banyak kisah dan menyeronokkan...sukan tahunan, aktiviti ko, kem....dll boleh la share..
aaaikkkk bro..lu macam ..org bertapa la..lamo diam...kejab je muncul...
ReplyDeleteni berapa lamo lak nk bertapa..tunggu jangut sampai ke tumit ke??????
janggut dah sampai pusat la!
ReplyDelete