Thursday, May 21, 2009

Makan Punya Cerita


Kumpulan cikgu ni lain sikit daripada kumpulan-kumpulan lepas yang pernah kami bawa. Kebanyakan kumpulan lain lebih pentingkan ‘shopping’. Tapi kumpulan ni makan.” ( Ayu agensi pelancongan 2009). Terasa betul juga komen ayu. Kalau tak silap, dalam tempoh 5 hari di Jogjakarta, lebih kurang 7 buah restoran berbeza dikunjungi. Masing-masing mempunyai kelainan.

Bagi saya ‘makan’ merupakan satu aspek budaya dalam sesuatu masyarakat yang harus diterokai jika ingin mempelajari budaya sesebuah masyarakat. Cara makan, apa yang di makan, masa makan, kekerapan makan, kuantiti makanan yang dimakan dan sebagainya tentu mempengaruhi kehidupan seseorang. Mungkin ada yang teringin hendak membuat kajian tentang “Amalan pemakanan dan hubungannya dengan tingkahlaku kepimpinan pengetua di sekolah”.

Apapun kita perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

· Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

· Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.

· Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

· Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

· Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

· Menimbulkan banyak penyakit.

Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”

7 comments:

  1. padan la Che Jan kurang makan...

    ReplyDelete
  2. Siapa yang makan lebih kat meja tu ya...saya makan sikit je..he..he.

    datin cakap awak dan nasir jumpa dia..dan nak hantar bab 4 pada 2 atau 3 jun...weiii..kecut perut saya ni...tak tau apa lagi...rintis pun dah kena magik ni..

    ReplyDelete
  3. tolong jgn tengok saiz badan dgn kuat makan kerana metabolisme rendah menyebabkan orang yg makan sikit akan naik badan. Tolong ye! Kesian saya dan kawan2 yg sewaktu dgn nya

    ReplyDelete
  4. hai...patutlah Abang Jan perutnya tak ke depan sangat. Rupanya jaga badan dan pemakanan. Bak kata orang kat PPD Jempol ni ketinggian perut melambangkan pangkat. Entahlah.. mana benarnya. Renung-renungkanlah ye!

    ReplyDelete
  5. Mana lebih baik "Hidup untuk makan atau makan untuk hidup". Apapun pemakanan madu amat digalakkan oleh Islam

    ReplyDelete
  6. Wow, cikguparizan yang lembut dan yang bersopan sudah ke bab 4 !, Flower Power mesti cepat kejar, sebab ada perkataan 'POWER'. Heee..........

    ReplyDelete
  7. amalan Goji (variabel bebas) dan cikguparizan (variabel bersandar) bila di lihat hubungan menunjukkan satu hubungan yang tinggi iaitu 0.95

    ReplyDelete