Thursday, May 14, 2009

Pembelajarn Kendiri

14 Mei 2009. 2.36 am. Aku mulai membina blog sendiri yang bakal membantu aku dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik. Ditemani gemersik alunan lagu Broery Marantika dan dengkuran manja Azhan melayan mimpi indah. Dengan bantuan bahan pembelajaran kendiri iaitu “Semua… Go Blog”, aku membina baris demi baris blog ini. Aku harap blog ini akan dapat membantu mempersiap diri dalam dunia pendidikan agar sentiasa relevan dengan perubahan dan reformasi semasa. Aku juga berharap blog ini akan turut membantu pelajar dan rakan guru memperoleh maklumat yang relevan. Semoga usaha ini akan mendatangkan manfaat untuk semua dan sentiasa memperoleh Inayah-Nya.

No comments:

Post a Comment