Thursday, May 28, 2009

Masih Seperti Dulu..






Tugas menyiapkan 'Projek Paper' memberi peluang terbaik aku untuk berkunjung dan bertanya khabar kpd rakan-rakan di SMK Sungai Puteri. Tanpa alasan kukuh seperti ini mungkin aku tidak cukup berani untuk tampil ke sekolah bertanya khabar dan berkongsi isu-isu terkini. Almaklum sajalah, guru Malaysia merupakan antara guru yang paling sibuk di dunia. Dibebani dgn pelbagai tugasan yang sebahagian besarnya bukanlah merupakan 'core bussiness' seorang guru. Mengajar, merancang, melaksana, menilai, mengutip data, mewujudkan sistem fail, menyelenggara sistem fail, pengurusan disiplin, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kokurikulum, kebajikan pelajar dan pelbagai tugas lain termasuk tugas-tugas kemasyarakatan. Malahan pula rakan-rakanku tersebut sedang sibuk menguruskan peperiksaan pelajar. Tentu sibuk menyediakan bahan-bahan penilaian, sibuk melayan 1001 pertanyaan dan ketidakfahaman pelajar dan sebahagiannya mungkin telah mula sibuk menanda kertas peperiksaan.

Namun semuanya masih seperti dulu. Sebaik melangkah masuk ke pintu pagar sekolah, melewati bilik-bilik GPk dan pengetua, pejabat dan bilik guru, aku masih berasa seperti aku tak pernah tinggalkan sekolah untuk tempoh yang panjang. Macam baru balik ke sekolah selepas berkursus seminggu. Kawan-kawan masih seperti dulu. Keceriaanya masih seperti dulu. Keriuhannya masih seperti dulu. Jarak masa dan tempat tak pernah melunturkan persahabatan. SMKSP masih seperti dulu, ketika aku mula berkursus di IAB dan IPK. Inilah kekuatan sekolahku, SMK Sungai Puteri. Dan aku bangga menjadi sebahagian warganya. Aku yakin SMK Sungai Puteri akan mampu muncul antara sekolah yang disegani dalam daerah dan peringkat negeri suatu hari nanti.

2 comments:

  1. mungkin tuan tidak berada di tempat ucapan penutup Konvensyen NPQH malam tadi. Ada satu rahsia yg dikongsi oleh Timbalan KPPM iaitu, be a penyelia petang and you will learn faster than any other PKs in terms of leadership esp in making decision. You were there before and I know you will be a principal faster than you ever think.. insyallah Pulau Tioman menanti kehadiran anda.

    ReplyDelete
  2. Biasanya pelajar cepat berubah jika dibandingkan dengan kaum guru

    ReplyDelete