Bagaikan bot kecil menuju haluan yang entah kemana, bagaikan seekor anak penyu yang tiba di gigi pantai, itulah ibaratnya graduan npqh. Di dalam bot penuh dengan minuman dan makanan buat mengalas perut demi mencari hala tuju yang bersimpang siur. Tiada penanda jalan mahupun lampu isyarat di lautan yang luas. Kekadang ada penunggu seperti bongkah ais titanic, kekadang ada pulau-pulau kecil menunggu rempuhan itulah cabaran maujud, belum dihitung ombak mengganas dipukul rebut di kala musim tengkujuh. Hanya yang ada adalah rumah api berkelip jarang sebagai isyarat bahaya di depan sebagai penyelamat agar sampai kehaluan.
Saturday, May 30, 2009
Graduan NPQH
Thursday, May 28, 2009
Masih Seperti Dulu..
Tugas menyiapkan 'Projek Paper' memberi peluang terbaik aku untuk berkunjung dan bertanya khabar kpd rakan-rakan di SMK Sungai Puteri. Tanpa alasan kukuh seperti ini mungkin aku tidak cukup berani untuk tampil ke sekolah bertanya khabar dan berkongsi isu-isu terkini. Almaklum sajalah, guru Malaysia merupakan antara guru yang paling sibuk di dunia. Dibebani dgn pelbagai tugasan yang sebahagian besarnya bukanlah merupakan 'core bussiness' seorang guru. Mengajar, merancang, melaksana, menilai, mengutip data, mewujudkan sistem fail, menyelenggara sistem fail, pengurusan disiplin, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kokurikulum, kebajikan pelajar dan pelbagai tugas lain termasuk tugas-tugas kemasyarakatan. Malahan pula rakan-rakanku tersebut sedang sibuk menguruskan peperiksaan pelajar. Tentu sibuk menyediakan bahan-bahan penilaian, sibuk melayan 1001 pertanyaan dan ketidakfahaman pelajar dan sebahagiannya mungkin telah mula sibuk menanda kertas peperiksaan.
Namun semuanya masih seperti dulu. Sebaik melangkah masuk ke pintu pagar sekolah, melewati bilik-bilik GPk dan pengetua, pejabat dan bilik guru, aku masih berasa seperti aku tak pernah tinggalkan sekolah untuk tempoh yang panjang. Macam baru balik ke sekolah selepas berkursus seminggu. Kawan-kawan masih seperti dulu. Keceriaanya masih seperti dulu. Keriuhannya masih seperti dulu. Jarak masa dan tempat tak pernah melunturkan persahabatan. SMKSP masih seperti dulu, ketika aku mula berkursus di IAB dan IPK. Inilah kekuatan sekolahku, SMK Sungai Puteri. Dan aku bangga menjadi sebahagian warganya. Aku yakin SMK Sungai Puteri akan mampu muncul antara sekolah yang disegani dalam daerah dan peringkat negeri suatu hari nanti.
Tuesday, May 26, 2009
Menjadi seorang pengacara ?
Teks pengacara majlis perlu disediakan dalam saiz setengah kertas A4 dan ditulis dalam tiga ruangan, iaitu masa, panduan (CUE) dan pengumuman (ANN) seperti:
Masa | CUE | ANN 1 |
|
|
|
Ruangan masa, diperuntukkan untuk mencatat jangka masa sesuatu acara. Manakala ruangan ‘cue’ pula merupakan ruangan untuk mencatat panduan bagi sesuatu pengumuman. Dengan kata lain, ‘cue’ ini merupakan penanda aras bagi menentukan sesuatu pengumuman itu dibuat. Ruangan ‘announcement’ pula ialah ruangan yang perlu dibaca oleh pengacara majlis. Ruangan inilah yang mencatatkan setiap perkara yang perlu diumumkan oleh pengacara majlis.
Masa | CUE | ANN 1 |
8.30 pagi
|
Apabila isyarat, iaitu YAB Timbalan Perdana Menteri masuk ke dalam dewan dengan diiring oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah… dan Pengarah |
Mengumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat …............ . dengan diiringi oleh Yang Berbahagia ............ dan Yang Berusaha ............ . masuk ke dewan dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.
|
Artikel di atas dipetik daripada Bahagian 2: Teknik Penulisan dalam buku Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.
Saturday, May 23, 2009
Cuti - Cuti Malaysia sudahlah.......
Thursday, May 21, 2009
Makan Punya Cerita
“ Kumpulan cikgu ni lain sikit daripada kumpulan-kumpulan lepas yang pernah kami bawa. Kebanyakan kumpulan lain lebih pentingkan ‘shopping’. Tapi kumpulan ni makan.” ( Ayu agensi pelancongan 2009). Terasa betul juga komen ayu. Kalau tak silap, dalam tempoh 5 hari di Jogjakarta, lebih kurang 7 buah restoran berbeza dikunjungi. Masing-masing mempunyai kelainan.
Bagi saya ‘makan’ merupakan satu aspek budaya dalam sesuatu masyarakat yang harus diterokai jika ingin mempelajari budaya sesebuah masyarakat. Cara makan, apa yang di makan, masa makan, kekerapan makan, kuantiti makanan yang dimakan dan sebagainya tentu mempengaruhi kehidupan seseorang. Mungkin ada yang teringin hendak membuat kajian tentang “Amalan pemakanan dan hubungannya dengan tingkahlaku kepimpinan pengetua di sekolah”.
Apapun kita perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:
· Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.
· Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.
· Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.
· Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.
· Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.
· Menimbulkan banyak penyakit.
Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”
Wednesday, May 20, 2009
Guru Benteng Terakhir Prinsip Rukun Negara
Ikrar Kita Guru Malaysia
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Begitu kudus dan ikhlas sekali baris-baris kata Ikrar Guru Malaysia. Komited terhadap tugas melampaui batas-batas geografi, warna kulit, kepercayaan mahupun politik. Semuanya terbukti dan terpancar pada wajah-wajah warga pendidik. Biarpun negara sedang bergelut dengan krisis politik, perlembagaan dan kecelaruan identiti bangsa, namun warga pendidik tidak pernah leka dan tersasar daripada melaksanakan amanah bangsa. Biarpun dendam politik membara melihat kerakusan politikus beraksi, namun guru tetap guru. Menjalankan amanah mendidik anak bangsa. Jauh sekali meracuni anak bangsa dengan pemahaman politik dangkal.
Tatkala Prinsip-prinsip rukun negara ditendang ke tepi oleh golongan rakus daripada pelbagai bidang, guru masih tetap setia menjunjung ikrar. Kerana ketika ini gurulah benteng terakhir dalam menjunjung prinsip-prinsip rukun negara.
Sejarah Pemilihan Hari Guru
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Objektif Hari Guru
- Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema Hari Guru
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan
Tuesday, May 19, 2009
Mahkota Dewa
Selamat Menjaga Kesihatan sambil Berinformasi. ..
* Saya tolong sampaikan memandangkan ramai sahabat yang teruja dengannya ketika di Yogjakarta* Jika ada berita baik, jangan lupa beritahu saya.
Monday, May 18, 2009
Siapa Wali Allah ?
Jenis Wali-Wali Allah
PEMBAHAGIAN WALI-WALI Allah
1. Al-Aqtab
Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.
2. Al-A immah
Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.
3. Al-Autad
Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.
4. Al-Abdal
Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah swt untuk menjaga suatu wilayah di
bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".
5. An-Nuqaba'
An Nuqaba' berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba' dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba' itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?
6. An-Nujaba'
An Nujaba' berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.
7. Al-Hawariyun
Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan di-ganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi:
"Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam".
Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau saw berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru
- I can appreciate coffee without susu, nights without lamps, curry without lembu, burgers without keju but not schools without GURU, selamat hari guru
- Jika hari ini seorang guru berjaya membina banglo yang tidka berpijak di bumi, sebuah kereta proton exora, sejarahnya bermula daripada hutang hingga ke akhir usia, guru pembina hutang bertimbun, selamat hari guru
- without teachers -days are sadday, moanday, tearsday, wasteday, thirstday, fightday and shatterday, selamat hari guru
- Jika dapat bunga tanda guru harumkan dunia, jika dapat pen- tanda guru mengukir kata, jika dapat pemadam-tanda guru betulkan kesilapan, jika dapat mesej-tandanya guru dalam ingatan
- what is the best present for dedicated teacher like you? Its your magical touch that makes your students successful, selamat hari guru
- kalau nak kaya jgn jadi guru , kalau nak glamor jgn jadi guru, kalau nak banyak kerja jadilah guru. Kalau nak kena marah dgn mak bapak budak jadilah guru. Selamat hari guru walaupun tak berapa selamat jadi guru