Friday, July 10, 2009

Lapor Diri di Dua Sekolah- posting hari pertama

Penantian menunggu penempatan semula berakhir pd 2 Julai. Menurut kerani JPN, penempatan kami berdasarkan kekosongan guru mengikut opsyen. Awal pg Jumaat (3 Jul 09) aku melangkah masuk ke SM Sri Rompin. Aku disapa mesra oleh guru-guru lelaki yg sbhgian besarnya memang sudah aku kenali. Diperkenalkan kpd pelajar dan diberi peluang memperkenalkan diri. Aku berucap ringkas dan padat, sesuai dgn title mprinc yg aku bawa.

Jam 10.30 pg, aku terima panggilan drpd JPN mengarahkan aku melapor diri di sekolah lama. aku terima arahan tersebut dgn positif kerana tak mahu melunturkan semangat yg sedang membara. Di sek lama, sahabat2 riuh dgn kemunculan semula aku. Di bilik pengetua......" aku arahkan engkau terima balik post lama sama ada suka atau tak". Aku tak bg sebarang respon lisan. Tapi sepanjang perkhidmatan, aku tak pandai menolak apabila menerima arahan. Mungkin itu kekuatan aku.

Yang pasti sepanjang minggu pertama ni, fikiranku lebih bercelaru memikirkan projek paper yang perlu dibereskan segera. Surat2 tentang Kokurikulum dlm bilik dah semakin tebal. Aku hanya akan ambil tindakan pg Jumaat setelah membereskan laporan projek.

3 comments:

  1. JH berbangga dengan Mr Jan yang membawa title Mprinc di lubuk Rompin.

    ReplyDelete
  2. Saya dengan waktu mengajar yang masih banyak + ronda + ibu bapa jumpa + kes salah laku yang banyak... malam jumaat ni baru nak tengok projek....

    markah dah ada...lambat sikit tak pa kut..

    ReplyDelete
  3. Semoga Sungai Puteri akan menghasilkan elit untuk negari Pahang dalam masa 3 tahun nanti

    ReplyDelete