Friday, June 26, 2009

Saudara Sebangsaku .... (rentetan sejarah landasan kereta api maut)


Ketika aku dan Nasir melawat gerai pameran negara Myanmar semasa 'International Food and Culture Exhibition IPS' di kampus induk UM tempohari, dua kali aku terpegun dan nyaris-nyaris terkesima. Pertamanya kerana senyuman adik manis student tahun dua drpd Myanmar. Layanannya menjawab pelbagai soalan kami juga semanis dan semesra senyumannya. Terpegun kali kedua apabila mata aku terpaku pada sekeping gambar seorang lelaki beserta anak-anaknya yang ada iras-iras Azhan, Nik, Arman, Yein, Siro, Azhar, Bidi, Abu, Khur dan aku sendiri. Mereka adalah sekumpulan masyarakat pulau yang bertutur dalam Bahasa Melayu di Myanmar. Menurut adik manis itu, mereka berasal daripada Malaysia. Aku terus menukar tajuk perbualan dgn adik manis tu. Malu. Rakyat Malaysia hidup terbuang di sebuah negara yg jauh tertinggal drpd aspek infrastruktur berbanding Malaysia.
Mungkinkah mereka adalah rakyat Malaysia yang tertipu atau dipaksa oleh Jepun untuk bekerja menyiapkan landasan kereta api sepanjang 700 km di sempadan Thailand dan Burma sekitar tahun 1942 -1945.
Akibat kesukaran yang dialami, sebahagian mereka yang terselamat daripada kematian tidak mampu balik kembali ke Malaysia. Memulakan kehidupan baru di negara orang.
Itulah barangkali kesan kehilangan kuasa dan penjajahan.
Wahai ahli politik, sedarlah segera. Kembalilah kepada matlamat asal manusia dicampak di muka bumi. Bukan untuk sebar fitnah, rebut pangkat dan harta, atau untuk tunjuk kuasa. Hanya sebagai khalifah. Sebelum kita berpecah belah dan berperang sesama sendiri, kembalilah membentuk perpaduan. ...................sokong kerajaan perpaduan ................... harap idea tu akan diterjemahkan oleh pemimpin akan datang.

4 comments:

  1. sejarah kerajaan islam sepanyol jangan diulang. Kembali kepada Quran dan kita maju ke depan.

    ReplyDelete
  2. Memang manusia suka sangat merayau hingga ke negara orang dan merempat, di Kuantan warga myanmar keturunan Rohinya pulak dapat penempatan, di beri rumah, pekerjaan dan ic sementara (guna masa pilihan raya, hidup mewah lebih dari dari orang tempata.

    Ikut teori sejarah DNA manusia, semua manusia berasal dari afrika termasuklah orang melayu di malaysia, tak pelik le kalau wat ujian dna, waris munhlin ada pertalian darah dengan samuel etoo atau Nelson Mandela atau tidakpun dengan Adebayor.

    ReplyDelete
  3. angkara Jepun sial tu.. landasan keretapi dari Tampin/Pulau Sebang dicabutnya .. akhirnya hari ni landasan keretapi yang ada kat Melaka hanya di bahagian utara Melaka// dan stesen KTM Melaka yang tingal 2 aje iaitu stesen Btg Melaka dan stesen Tampin.(Kini lebih dikenali dengan nama Pulau Sebang sbb stesen ini terletak dalam kawasan Negeri Melaka). Takk ke sial Jepun tu

    ReplyDelete