Thursday, September 10, 2009

SOLAT & SAINS

SOLAT kebaikan dari perspektif SAINS

Sekadar ingin berkongsi. Mungkin telah banyak kajian dilakukan tentang solat drpd perspektif sains. Alhamdulillah. Sempena bulan mulia ini Allah telah membuka hati saya untuk menatap buku tentang solat dari perspektif sains. Buku setebal 110 muka surat ini ditulis berdasarkan hasil penyelidikan tiga orang pensyarah Universiti Malaya. Buku terbitan UM ini membongkar fakta-fakta saintifik di sebalik solat.

Sekadar berkongsi beberapa dapatan drpd buku tersebut :
  1. Saboe (1996) melaporkan gerakan-gerakan solat yang dijalankan setiap hari akan dapat menurunkan dan mengurangkan penyakit kegemukan, reumatik, diabetis, sembelit, penyakit bengkak (edema), penyakit jantung (dada sakit/angina pectoris) dan sebagainya
  2. Keputusan kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mengamalkan ke semua tabiaat lazim sempurna semasa solat mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang melakukannya secara kurang sempurna.
  3. Saling bersentuhan ketika solat berjamaah menyebabkan pengaliran cas-cas elektrik antara satu sama lain. Cas tersebut membantu meningkatkan tenaga melaksanakan tugas harian. Cas tersebut juga membantu pengaliran darah ke otak. Hasilnya seseorang memperoleh ketenangan dan terhindar drpd stress.
  4. Mengamalkan rukuk yang betul (90 darjah) mengelak risiko penyakit tulang belakang dan arthritis
  5. Pergerakan fizikal dalam solat tarawih meningkatkan aktiviti otot-otot badan selari dgn peningkatan kadar metabolisme basal (BMR) drpd nilai purata 1455 cal kpd 1486 cal. Dpt turunkan nilai jisim badan (FM) sebanyak 21%.
  6. Kedudukan ketika rukuk, sujud dan duduk (tahiyat) dalam solat membantu memberikan keadaan rehat kpd jantung, di mana kadar denyutan jantung seseorang menjadi lebih rendah berbanding ketika berdiri. Ini adalah kerana faktor jarak antara graviti kpd jantung. Oleh itu kita digalakkan untuk memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan yang paling rendah.
  7. Pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
  8. Perlakuan tamakninah dalam solat melahirkan ketenangan serta mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
  9. Semasa duduk di antara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir, tumit kaki yang menekan punggung dpt mengurut otot-otot lantai pelvik, sekaligus membantu dlm proses ereksi. (Lelaki sahaja)
  10. Solat dapat meningkatkan jumlah ereksi, perubahan isipadu (penis) dan tempoh ereksi.
Memetik kata seorang sahabat dari Karak, ".................. dapat meningkatkan minit." Dipersetujui oleh seorang penulis buku dari Shah Alam.

Memetik ucapan oleh sorang penceramah agama dalam siaran radio Pahang FM, "...... pendedahan buku ini telah meningkatkan jumlah kaum lelaki yang bangun malam untuk melaksanakan solat malam kerana dapat membantu meningkatkan ketahanan lelaki (tambah minit)."

Hanya sekadar motivasi untuk diri sendiri.
Wassalam.