Sunday, March 10, 2019
2019 Kembali membelai Reformasi Minda
Monday, April 26, 2010
ULASAN BUKU
Ulasan Buku
(bingkisan dari Yogyakarta, Mei 2009)
Judul : The Secret
Pengarang : Rhonda Byrne
Penerbit : PT Gramedia Pustaka Utama
Tahun : 2007
PENDAHULUAN
Buku ini membongkar rahsia kejayaan individu. Pembaca akan dibentangkan kekuatan tersembunyi yang belum pernah digunakan oleh manusia melainkan segelintir individu yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
Pelbagai contoh kejayaan individu yang telah menggunakan rahsia ini dalam pelbagai lapangan dikongsi oleh penulis dengan pembaca. Buku setebal 237 halaman ini membongkar satu rahsia besar. Rahsia yang dimaksudkan ialah “Hukum Tari-Menarik”. Segala sesuatu yang datang ke dalam hidup kita ditarik oleh kita sendiri ke dalam hidup kita. Segala sesuatu itu tertarik oleh gambaran-gambaran yang kita simpan dalam dalam fikiran atau minda kita. Apa yang ada dalam minda/fikiran kita akan kita tarik ke dalam diri kita.
Menurut penulis, diri kita yang ada sekarang adalah cerminan daripada fikiran kita pada masa lalu. Menurut hukum ini, jika kita melihat sesuatu dalam minda kita, kita akan menggenggamnya.
“Kita hari esok adalah apa yang kita fikirkan dan gambarkan diri kita hari ini”.
FIKIR POSITIF
Satu-satunya sebab mengapa seseorang tak dapat apa yang diinginkan adalah kerana mereka lebih memikirkan apa yang mereka tidak inginkan berbanding apa yang mereka inginkan. Menurut hukum ini, seseorang tidak boleh memikirkan apa yang dia tidak ingini. Sebaliknya fikirkan apa yang dia inginkan sahaja. Sebagai contoh, seorang pelajar yang lemah Matematik, tidak boleh memikirkan gagal atau akibat kegagalan Matematik yang akan diterimanya. Dengan banyak memfokus kepada “gagal”, dia akan menarik kegagalan dalam dirinya. Sebaliknya, fikirkan cemerlang dalam Matematik.
KAWAL PERASAAN
Perasaan tidak terjadi dengan sendiri melainkan apa yang kita fikirkan. Seseorang yang sedang bercinta atau memikirkan soal cinta akan menarik perasaan-perasaan lain yang sama frekuensinya dengan cinta ke dalam diri seperti kasih, sayang, rindu, memahami, bertanggungjawab, memaafkan, prihatin dan pelbagai perasaan positif lain. Akhirnya dirinya akan dirimbuni oleh perasaan-perasaan positif yang akan memacu dirinya.
Begitu juga jika kita berfikiran sebaliknya.
Lantaran itu kita perlu mengawal dan memeriksa perasaan kita. Jika suatu ketika anda berasa tertekan, takut, bimbang, geram, marah, dendam dan sebagainya, ini bererti anda sedang berfikiran negatif. Tukarlah segera fikiran anda dengan memikirkan perkara-perkara yang baik atau positif (ubah frekuensi). Tenangkan diri anda seketika. Fokuslah terhadap sesuatu yang baik yang kita inginkan.
MUHASABAH DIRI
Sedar atau pun tidak, segala suatu apa yang kita fikirkan, itulah apa yang kita inginkan dalam hidup. Oleh itu, perlu melakukan muhasabah atau membuat refleksi terhadap peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sepanjang hari. Jika tidak sama seperti apa yang kita inginkan, ubahlah segera.
KEKUATAN SYUKUR DAN REDA
Seseorang perlu sentiasa bersyukur dan reda atas apa yang dimilikinya sekarang. Tidak bersyukur dan tidak reda bererti tidak berpuas hati. Perasaan ini akan menarik lebih banyak perasaan negatif lain ke dalam dirinya. Ini menyebabkan perkara baik dan positif menjauhkan diri daripadanya.
FOKUS
Apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini, atau dalam tempoh tertentu. Fokuskan segera. Beritahu diri anda apa yang anda fikirkan. Tetapkan target atau matlamat anda. Jangan ragu-ragu. Anda mesti yakin bahawa anda bisa mendapatnya. Dalam hukum tarik menarik kita tidak perlu memikirkan cara untuk mencapainya.
PENUTUP
Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang inginkan kejayaan dalam hidup.
-dibentangkan pada 19/4/2010 di perhimpunan rasmi sekolah semasa pelancaran minggu bhs 2010.
Wednesday, February 17, 2010
2010 Semakin Mencabar
Hari ini, dengan tugas yang hampir sama. Bezanya, aku boleh mengatur sendiri takwim yang bakal dilaksanakan. Boleh merancang strategi seawal bula Januari. Tahun ini tentu lebih mencabar. Aku teringin berpaut pada prinsip "Hari ini lebih baih daripada semalam". Semoga aku mampu bergerak dengan niat yang tulus, strategi yang penuh hemah dan yang penting tidak lari daripada matlamat menuju keredaan-Nya. amin.
Wednesday, October 7, 2009
Berhari Raya di Negeri Pakatan Rakyat
Che Parizan, Norzawati, Nazurah Huda, Muhammad
Ikhwan Hakim, Muhammad Iqbal, Nadhirah Hasanah dan
Muhammad Ihsan Hasif. Pd pg 1 Syawal 1430H di Bkt Mendi
Rasa gembira, bangga dan sebak bercampur baur sebaik melepasi tol Alor Star Utara . Gembira sebab selamat menjejak ke negeri kelahiranku. Bangga melihat kemakmuran dan kedamaian Kedah . Sebak menikmati hasil pejuang-pejuang politik Islam. Wajah ulama (Utz Azizan dan Dr Harun Din) terpampang di tepi simpang-simpang utama Alor Star. Lebih menceriakan lg dpt memeluk sanak saudara.
Gembira dpt bersemuka dengan Pak Cik Din, Mak Teh, Chu Yam, Pak Cik Cha, Pak Tam, Pak Ndak Harun, Pal Lang Man (Pida 11 & Penang), Chu Jam dan Kak Yam. Terkilan sbb tak sempat jumpa Ngah Dah. Sempat juga shopping kat Pekan Rabu dan meronda sbhg negeri Kedah.
Setelah bersalam dgn pengantin dan seluruh kaum keluarga pada Sabtu 26 September 2009, bertolak balik ke Rompin jam 1.30 ptg. Sampai ke Rompin jam 5.00 pg. Lepas solat Subuh zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Keletihan tetapi lega kepuasan.
Thursday, September 10, 2009
SOLAT & SAINS
Sekadar ingin berkongsi. Mungkin telah banyak kajian dilakukan tentang solat drpd perspektif sains. Alhamdulillah. Sempena bulan mulia ini Allah telah membuka hati saya untuk menatap buku tentang solat dari perspektif sains. Buku setebal 110 muka surat ini ditulis berdasarkan hasil penyelidikan tiga orang pensyarah Universiti Malaya. Buku terbitan UM ini membongkar fakta-fakta saintifik di sebalik solat.
Sekadar berkongsi beberapa dapatan drpd buku tersebut :
- Saboe (1996) melaporkan gerakan-gerakan solat yang dijalankan setiap hari akan dapat menurunkan dan mengurangkan penyakit kegemukan, reumatik, diabetis, sembelit, penyakit bengkak (edema), penyakit jantung (dada sakit/angina pectoris) dan sebagainya
- Keputusan kajian menunjukkan bahawa seseorang yang mengamalkan ke semua tabiaat lazim sempurna semasa solat mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding dengan mereka yang melakukannya secara kurang sempurna.
- Saling bersentuhan ketika solat berjamaah menyebabkan pengaliran cas-cas elektrik antara satu sama lain. Cas tersebut membantu meningkatkan tenaga melaksanakan tugas harian. Cas tersebut juga membantu pengaliran darah ke otak. Hasilnya seseorang memperoleh ketenangan dan terhindar drpd stress.
- Mengamalkan rukuk yang betul (90 darjah) mengelak risiko penyakit tulang belakang dan arthritis
- Pergerakan fizikal dalam solat tarawih meningkatkan aktiviti otot-otot badan selari dgn peningkatan kadar metabolisme basal (BMR) drpd nilai purata 1455 cal kpd 1486 cal. Dpt turunkan nilai jisim badan (FM) sebanyak 21%.
- Kedudukan ketika rukuk, sujud dan duduk (tahiyat) dalam solat membantu memberikan keadaan rehat kpd jantung, di mana kadar denyutan jantung seseorang menjadi lebih rendah berbanding ketika berdiri. Ini adalah kerana faktor jarak antara graviti kpd jantung. Oleh itu kita digalakkan untuk memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan yang paling rendah.
- Pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
- Perlakuan tamakninah dalam solat melahirkan ketenangan serta mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
- Semasa duduk di antara dua sujud, tahiyat awal dan tahiyat akhir, tumit kaki yang menekan punggung dpt mengurut otot-otot lantai pelvik, sekaligus membantu dlm proses ereksi. (Lelaki sahaja)
- Solat dapat meningkatkan jumlah ereksi, perubahan isipadu (penis) dan tempoh ereksi.
Memetik ucapan oleh sorang penceramah agama dalam siaran radio Pahang FM, "...... pendedahan buku ini telah meningkatkan jumlah kaum lelaki yang bangun malam untuk melaksanakan solat malam kerana dapat membantu meningkatkan ketahanan lelaki (tambah minit)."
Hanya sekadar motivasi untuk diri sendiri.
Wassalam.
Tuesday, August 4, 2009
Perhimpunan rasmi setiap pg Isnin dimanfaatkan oleh guru-guru untuk menyampaikan informasi terkini tentang aktiviti semasa sekolah. Sesi motivasi turut diselitkan bagi meningkatkan keyakinan dan komitmen pelajar menuntut ilmu. Pagi 3 Julai 2009 lalu, aku buat kali kedua berkongsi pengalaman dgn pelajar ttg pengalaman menuntut ilmu. Semuanya atas rasa tanggungjawab membantu dan mengejutkan pelajar yang sebahagian besarnya masih leka dalam kepompong keseronokan hidup remaja. Sebahagian yg lain sedang terpenjara dalam kepompong sosio ekonomi yang tidak menggalakkan perkembangan ilmu. Perkara yang disentuh :
i-Allah kurniakan akal fikiran yg setara bagi setiap insan. Kapasiti yg sama. Apa yg membezakannya adalah usaha menggunakan potensi fikiran yang ada. Org yang lebih berjaya bukan lebih bijak drpd yg kurang berjaya, sebaliknya mereka menggunakan sepenuhnya potensi yang ada.
ii-Meletakkan tanggungjawab meningkatkan prestasi sekolah di bahu pelajar. Merekalah harapan sekolah. Sekolah hanya akan melonjak jika pelajar mempamerkan prestasi cemerlang dlm peperiksaan. Guru tiada kuasa, hanya sebagai pembimbing.
iii-Mereka juga harapan ibu bapa. Kejayaan mereka akan membanggakan keluarga dan mengangkat taraf hidup keluarga.
Bertugas sebagai GPK memberi ruang yang lebih untuk mengenengahkan idea yg masih panas. Terima kasih kpd warga sekolah yg memberi kepercayaan sekali lg utk berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air.
J0han Pertandingan Masakan Negeri Pahang 2009.
Pertandingan diadakan pd 31 Julai 2009 di Raub.
Tahniah Nurfazilah dan Faridah.
Terima kasih ANGKASA yg turun bersama sejumlah peruntukan.
Program diadakan pd 21 Julai 2009.
Guru-guru penasihat pasukan yang bertanding berada di tepi gelanggang memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.
Kejohanan yang melibatkan kategori menengah atas dan menengah rendah ini bermatlamat membantu pelajar meningkatkan markah kokurikulum dalam penilaian kokurikulum yang akan dilaksanakan sebelum sesi 2009 berakhir. Bakat terpendam dlm kedua-dua sukan ini dapat dicungkil dan dikenalpasti.
Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring SMKSP 2009
berlangsung pada 28 hingga 29 Julai 2009.
En. Mohd Rosdi Ismail dan Tuan Hj Aminuddin Md Dom.
kejohanan yang berlangsung lancar dan mencapai objektifnya.
Friday, July 24, 2009
Catatan Dalam Gambar
Julai 2009
Terima kasih pn Maimun.Tenang-tenang air dilaut,
sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkenang mulut menyebut,
budi sedikit rasa nak junjung
Terima kasih Cik MasqistinaTanam serai tanam halia,
tanam juga pokok sengkuang,
org berbudi disanjung mulia,
ke mana pergi tiada terbuang.
HARI KELUARGA SMK ROMPIN
bertempat di
We Can Do Camp Site
Pontian
18 Julai 2009
Thursday, July 23, 2009
Saturday, July 18, 2009
Janji Guru
Janji Guru
Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang
Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa
Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat
Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu sungguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang
Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke gunung & hutan seperti tiada penghuni
Mula-mula ke Gunung Kinabalu
Sekarang di Endau Rompin
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT
Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Proton Wira lama tak pening soal hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang
Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.
Oleh : eraziratul
Nilai Utama Perkhidmatan Awam
Nilai Utama
- Adil dan saksama
- Amanah bersih dan jujur
- Akauntabiliti
- Berkualiti
- Bekerjasama
- Berprestasi cemerlang
- Bertanggungjawab
- Berusaha memajukan diri
- Kepimpinan berkesan
- Ketepatan masa
- Kejujuran intelektual
- Kreatif dan inovatif
- Mengutamakan pelanggan
- Pengurusan diri cemerlang
- Profesionalisme
- Taat setia
Prinsip-prinsip Utama
- Memanifestasi keyakinan dan keimanan
- Berasaskan keimanan
- Ikhlas dalam menjalankan tugas
- Adil dalam segala aspek
- Menepati larangan dan suruhan
- Ukuran kecemerlangan
- Mesyuarat dan muafakat
- Memelihara prinsip perpaduan
- Menghayati martabat kerja
- Memelihara martabat pekerja
Maksud
- Oxford English Dictionary
i. "The science of morals or moral principles"
ii. "concerned with goodness or badness of character or disposition or distinction between right and wrong" - Al Ghazali
"Is the study of certain religious (i'tiqadat) and of rightness and wrongness of action for the purpose, and not the sake of mere knoledge
Rumusan etika
- Aplikasi nilai kepada perangai dan tindakan manusia
- Tingkah laku manusia dilihat dari aspek batin (dalaman) dan lahirian (luaran)
- Pegangan set nilai-nilai moral dan nilai estitika sama ada baik , murni atau buruk seorang individu
Tonggak 12
Tonggak 12 menjadi perkara asas untuk menjadikan perkhidmatan awam ke arah perkhidmatan yang cemerlang
- Menghargai masa
- Ketekunan membawa kejayaan
- keseronokkan bekerja
- Kesederhanaan mendapat kemuliaan
- ketinggian peribadi
- Mengamalkan sikap baik hati
- Kewajipan menjalankan tugas
- Kebijaksanaan dan berhemat
- Kesabaran
- Bakat digilap dan ditingkatkan
- Seronok mencipta yang baru kerana mendapat nikmat
- Menjadi teladan yang baik
Sumber : Guru kampung
Tuesday, July 14, 2009
Kajian Tindakan
Konsep Umum Kajian Tindakan
Pelopor kajian tindakan di bilik darjah di United Kingdom, Elliott dan Adelman (1976) berpendapat kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi sosial di sekolah. Tujuan penyelidikan itu adalah untuk membaiki kualiti amalan guru.
Elliott (1981) mengatakan bahawa, “kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial”. Carr dan Kemmis (1986) juga menyatakan bahawa kajian tindakan ialah satu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk membaiki dan memahami amalan dan situasi sosial. Kenyataan mereka:
“Action research is a form of self-reflective inquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including education) situation in order to improve the rationality and justice of their social or educational practice; their understanding of these practices; and the situation (and institution) in which these practices are carried out.”
Mc. Niff (1998) menerangkan bahawa kajian tindakan ialah satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Menurut beliau, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (usaha sama) sewaktu mengadakan kajian. Beliau merumuskan konsep kajian tindakan dengan mengatakan bahawa:
“Action research implies adopting a deliberate openness to new experiences and processes, and, as such, demands that the action of educational research is it self educational. By consciously engaging in their own educational development, teachers gain both professionally and personally, and it is this personal commitment that counts the process of human inquiry.”
Lomax (1994) menegaskan kajian tindakan ialah penyelidikan pendidikan (educational research) yang berbeza dengan penyelidikan dalam pendidikan (research in education).
Guru-Guru Perlu Menjalankan Kajian Tindakan
Guru-guru perlu menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, kajian tindakan yang dijalankan dapat mengenal pasti atau mengesan kelemahan pelajar dan guru perlulah memikirkan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan tersebut mengikut kesesuaian pelajar di dalam sesuatu kelas. Hal ini terbukti melalui kajian tindakan yang telah dijalankan di beberapa buah negara maju akhirnya berjaya meningkatkan pencapaian pelajar masing-masing.
Seperti yang telah diterangkan tadi, kajian tindakan ialah kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah dan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu. Dengan perkataan lain, guru-guru perlulah reflektif, kreatif dan proaktif bagi merawat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya dengan berkesan.
Dalam hal ini guru-guru sepatutnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing atau di sekolah masing-masing untuk mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kelemahan-kelemahan dan masalah pelajar tersebut perlu ditangani oleh guru itu sendiri dan sepatutnya guru itu perlu mencari cara yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini demikian kerana, guru-guru yang mengajar di dalam sesebuah kelas itu sendiri yang memahami kelemahan murid-muridnya. Oleh itu, guru tersebut perlu mencuba langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelasnya sendiri.
Satu perkara lagi yang perlu diberikan perhatian ialah guru-guru itu sendiri perlu membuat muhasabah diri (cermin diri) dan mengkaji kelemahan dirinya sendiri yang mungkin menjadi punca kelemahan dan masalah murid-muridnya. Perkara ini selalunya tidak disedari oleh guru-guru yang mengajar murid-muridnya di dalam kelas. Ada juga guru yang menganggap dirinya sudah sempurna dan tiada kelemahan langsung hingga menyebabkan guru tersebut tidak dapat menerima kritikan atau komen daripada murid-muridnya, pandangan rakan-rakan sejawatan ataupun pihak lain yang memberikan teguran. Sepatutnya guru-guru perlu bersikap terbuka dan sanggup menerima kritikan demi kebaikan dirinya untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan kata lain, kajian tindakan ini juga boleh digunakan untuk mengkaji kelemahan diri, seterusnya memikirkan cara untuk membaiki kelemahan tersebut dan akhirnya akan dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru-guru di dalam kelas.
Kaedah Kajian Tindakan
Kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan tidaklah terlalu rumit, kerana yang pentingnya ialah hasil atau dapatan yang hendak diperoleh. Kaedah untuk mendapatkan data atau maklumat perlulah mudah dan tidak kompleks untuk mengenal pasti masalah murid-murid. Hal ini demikian kerana, kajian tindakan tidak sama dengan kajian konvensional yang memerlukan kaedah kajian yang lebih lengkap dan rumit. Sampelnya pun tidak memerlukan angka atau bilangan yang besar kerana masalahnya pun tidak sama antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain dan antara satu kelas dengan kelas yang lain. Kebiasaannya, kajian tindakan ini bermula dengan refleksi pengajaran yang lepas. Oleh hal yang demikian, kita perlu meneliti refleksi yang ditulis dalam buku rekod mengajar dan juga perkara yang kita alami semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kaedah menganalisis data dalam kajian tindakan juga tidak memerlukan analisis yang rumit atau mengikut analisis data bagi penyelidikan yang konvensional, tetapi cukup setakat menggunakan kaporan pemerhatian, peratus atau bilangan sahaja. Perkara yang perlu diberikan penekanan untuk menganalisis data ini ialah perubahan yang berlaku terhadap pelajar-pelajar itu yang biasanya dilihat dari sudut perubahan tingkah laku ataupun perubahan dari segi markah yang diperoleh oleh pelajar-pelajar tersebut. Hal ini demikian kerana, sampel kajian tindakan ini tidak besar dan yang pentingnya ialah dapatan yang diperoleh hasil analisis data tersebut. Oleh hal yang demikian, analisis data kajian tindakan juga kebiasaannya melibatkan kaedah kualitatif di samping kaedah yang biasa digunakan iaitu kaedah kuantitatif. Perkara ini memang tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan kajian tindakan selalunya melibatkan aspek yang berkaitan dengan sikap, tingkah laku atau tabiat yang sukar diukur dengan nombor.
Sumber : Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim
Friday, July 10, 2009
Lapor Diri di Dua Sekolah- posting hari pertama
Jam 10.30 pg, aku terima panggilan drpd JPN mengarahkan aku melapor diri di sekolah lama. aku terima arahan tersebut dgn positif kerana tak mahu melunturkan semangat yg sedang membara. Di sek lama, sahabat2 riuh dgn kemunculan semula aku. Di bilik pengetua......" aku arahkan engkau terima balik post lama sama ada suka atau tak". Aku tak bg sebarang respon lisan. Tapi sepanjang perkhidmatan, aku tak pandai menolak apabila menerima arahan. Mungkin itu kekuatan aku.
Yang pasti sepanjang minggu pertama ni, fikiranku lebih bercelaru memikirkan projek paper yang perlu dibereskan segera. Surat2 tentang Kokurikulum dlm bilik dah semakin tebal. Aku hanya akan ambil tindakan pg Jumaat setelah membereskan laporan projek.
Thursday, July 2, 2009
Kisah dan Teladan
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Friday, June 26, 2009
Saudara Sebangsaku .... (rentetan sejarah landasan kereta api maut)

Ketika aku dan Nasir melawat gerai pameran negara Myanmar semasa 'International Food and Culture Exhibition IPS' di kampus induk UM tempohari, dua kali aku terpegun dan nyaris-nyaris terkesima. Pertamanya kerana senyuman adik manis student tahun dua drpd Myanmar. Layanannya menjawab pelbagai soalan kami juga semanis dan semesra senyumannya. Terpegun kali kedua apabila mata aku terpaku pada sekeping gambar seorang lelaki beserta anak-anaknya yang ada iras-iras Azhan, Nik, Arman, Yein, Siro, Azhar, Bidi, Abu, Khur dan aku sendiri. Mereka adalah sekumpulan masyarakat pulau yang bertutur dalam Bahasa Melayu di Myanmar. Menurut adik manis itu, mereka berasal daripada Malaysia. Aku terus menukar tajuk perbualan dgn adik manis tu. Malu. Rakyat Malaysia hidup terbuang di sebuah negara yg jauh tertinggal drpd aspek infrastruktur berbanding Malaysia.
Mungkinkah mereka adalah rakyat Malaysia yang tertipu atau dipaksa oleh Jepun untuk bekerja menyiapkan landasan kereta api sepanjang 700 km di sempadan Thailand dan Burma sekitar tahun 1942 -1945.
Akibat kesukaran yang dialami, sebahagian mereka yang terselamat daripada kematian tidak mampu balik kembali ke Malaysia. Memulakan kehidupan baru di negara orang.
Itulah barangkali kesan kehilangan kuasa dan penjajahan.
Wahai ahli politik, sedarlah segera. Kembalilah kepada matlamat asal manusia dicampak di muka bumi. Bukan untuk sebar fitnah, rebut pangkat dan harta, atau untuk tunjuk kuasa. Hanya sebagai khalifah. Sebelum kita berpecah belah dan berperang sesama sendiri, kembalilah membentuk perpaduan. ...................sokong kerajaan perpaduan ................... harap idea tu akan diterjemahkan oleh pemimpin akan datang.
Sunday, June 14, 2009
Wajib Lulus Bahasa Inggeris
Menteri Pelajaran sedang mendapatkan maklumat tentang mewajibkan pelajar SPM lulus dalan Bahasa Inggeris. Apa kata anda ? Proses jual beli sedang berlaku dan yang penting, duit dalam kocek anda semua. Jika anda tidak ingin membelinya, jangan dikeluarkan uangnya dan biarlah peniaga mencari pelanggan yang lain. Jika anda berminat untuk membelinya, teruskan sahaja kerana setiap yang dibeli kerana suka akan lebih dinikmati kelazatannya. Tepuk dada tanya selera.
Saturday, May 30, 2009
Graduan NPQH
Bagaikan bot kecil menuju haluan yang entah kemana, bagaikan seekor anak penyu yang tiba di gigi pantai, itulah ibaratnya graduan npqh. Di dalam bot penuh dengan minuman dan makanan buat mengalas perut demi mencari hala tuju yang bersimpang siur. Tiada penanda jalan mahupun lampu isyarat di lautan yang luas. Kekadang ada penunggu seperti bongkah ais titanic, kekadang ada pulau-pulau kecil menunggu rempuhan itulah cabaran maujud, belum dihitung ombak mengganas dipukul rebut di kala musim tengkujuh. Hanya yang ada adalah rumah api berkelip jarang sebagai isyarat bahaya di depan sebagai penyelamat agar sampai kehaluan.
Thursday, May 28, 2009
Masih Seperti Dulu..





Tugas menyiapkan 'Projek Paper' memberi peluang terbaik aku untuk berkunjung dan bertanya khabar kpd rakan-rakan di SMK Sungai Puteri. Tanpa alasan kukuh seperti ini mungkin aku tidak cukup berani untuk tampil ke sekolah bertanya khabar dan berkongsi isu-isu terkini. Almaklum sajalah, guru Malaysia merupakan antara guru yang paling sibuk di dunia. Dibebani dgn pelbagai tugasan yang sebahagian besarnya bukanlah merupakan 'core bussiness' seorang guru. Mengajar, merancang, melaksana, menilai, mengutip data, mewujudkan sistem fail, menyelenggara sistem fail, pengurusan disiplin, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan kokurikulum, kebajikan pelajar dan pelbagai tugas lain termasuk tugas-tugas kemasyarakatan. Malahan pula rakan-rakanku tersebut sedang sibuk menguruskan peperiksaan pelajar. Tentu sibuk menyediakan bahan-bahan penilaian, sibuk melayan 1001 pertanyaan dan ketidakfahaman pelajar dan sebahagiannya mungkin telah mula sibuk menanda kertas peperiksaan.
Namun semuanya masih seperti dulu. Sebaik melangkah masuk ke pintu pagar sekolah, melewati bilik-bilik GPk dan pengetua, pejabat dan bilik guru, aku masih berasa seperti aku tak pernah tinggalkan sekolah untuk tempoh yang panjang. Macam baru balik ke sekolah selepas berkursus seminggu. Kawan-kawan masih seperti dulu. Keceriaanya masih seperti dulu. Keriuhannya masih seperti dulu. Jarak masa dan tempat tak pernah melunturkan persahabatan. SMKSP masih seperti dulu, ketika aku mula berkursus di IAB dan IPK. Inilah kekuatan sekolahku, SMK Sungai Puteri. Dan aku bangga menjadi sebahagian warganya. Aku yakin SMK Sungai Puteri akan mampu muncul antara sekolah yang disegani dalam daerah dan peringkat negeri suatu hari nanti.

